PERAN SOSIAL HADITH DAN SIGNIFIKASI SEJARAHNYA MENURUT MUHAMMAD ASAD

  • ahmad nabil amir istac
Keywords: Muhammad Asad, Hadith, Sunnah, Sahih al-Bukhari

Abstract

 

Makalah ini menyorot fikrah hadith Muhammad Asad (1990-1992) dan kontribusinya dalam pemahaman hadith kontemporer. Ia membincangkan kefahaman asas tentang hadith yang dirumuskan dalam karya-karyanya seperti Sahih al-Bukhari The Early Years of Islam; Islam at The Crossroads (bab “Hadith and Sunnah” dan “The Spirit of the Sunnah”); This Law of Ours and Other Essays; The Road to Mecca dan The Message of the Qur’an. Pengaruh hadith ini turut ditinjau daripada artikelnya dalam jurnal Arafat dan makalahnya yang lain terkait tema-tema hadith dan sunnah dan pemahaman serta cabarannya di abad moden, seperti tulisannya “Social and Cultural Realities of the Sunnah”. Reka bentuk kajian adalah bersifat deskriptif, analitis, historis dan komparatif. Kajian cuba mengembangkan ide dan fikrah hadith yang dirumuskan Asad dari perspektifnya yang moden dan membandingkannya dengan pemikiran-pemikiran sejarah yang krusial terkait prinsip hadith yang dibawakan oleh pemikir Islam yang lain. Dapatan kajian menyimpulkan bahawa Muhammad Asad telah memberikan sumbangan yang penting dalam pemikiran hadith di abad moden dengan hasil penulisannya yang prolifik dan substantif, termasuk terjemahan dan syarahannya yang ekstensif terhadap Sahih al-Bukhari yang memuatkan komentar-komentar yang baru dan analisis sejarahnya yang mendalam terhadap kitab ini. Ia merumuskan pertentangan-pertentangan hukum dan istinbat-istinbat fuqaha dan muhaddith dalam tradisi syarah hadith yang kritis. Ia turut merespon pertikaian-pertikaian asas yang dibangkitkan oleh golongan orientalis dan intelektual yang skeptis terhadap riwayat-riwayat sejarah dalam tradisi hadith

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ghassan Abdul-Jabbar. 2007. Bukhari. London, New York: I.B. Tauris.

Muhammad Asad. 1983. Islam di Simpang Jalan. M. Hashem (pent.), cet. 3. Bandung: Pustaka.

Muhammad Asad. 1985. Sebuah Kajian tentang Sistem Pemerintahan Islam. Afif Mohammad (pent.), Ammar Haryono (pnyt.). Diterjemahkan dari Minhaj al-Islam fi al-Hukm. Jakarta: Pustaka Mizan.

Muhammad Asad. 1985. Jalan ke Makkah. Fuad Hashem (pent.). Jakarta: Pustaka Mizan.

Muhammad Asad. 1999. Islam at the Crossroads. Kuala Lumpur: Other Press.

Muhammad Asad. 2003. The Message of the Qur’an. London: The Book Foundation.

Muhammad Asad. 2003. “Social and Cultural Realities of the Sunnah”, dalam P.K. Koya (ed.), Hadith and Sunnah: Ideals and Realities, pp. 233-250. Kuala Lumpur: Islamic Book Trust.

Muhammad Asad. 2004. The Unromantic Orient. Elma Ruth Harder (pent.). Petaling Jaya: IBT.

Muhammad Asad. 2013. Sahīh al-Bukhārī: The Early Years of Islam. Kuala Lumpur: Islamic Book Trust.

Muhammad Asad. 2015. This Law of Ours and Other Essays. Kuala Lumpur: Islamic Book Trust.

Muhammad Arshad. 2016. “Muhammad Asad: Twenty-Six Unpublished Letters”, Islamic Science, Vol. 14 (Summer) No. 1, 25- 66.
Published
2021-11-03
Abstract views: 126 , pdf (Bahasa Indonesia) downloads: 167